Usahawan Bumiputera Forex Group

Saturday, October 23, 2010

MEMBONGKAR RAHSIA MENJANA
PENDAPATAN LUMAYAN MELALUI
PERDAGANGAN FOREX TANPA INDIKATOR ( NAKED )

Tanpa menggunakan Indicator

Adakah anda sudah banyak menghadiri seminar atau
kursus Forex, tetapi masih mengalami kerugian?


Adakah anda telah mengguna pelbagai strategi Forex, tetapi masih juga mengalami kerugian?


Adakah anda mengharapkan Indicators untuk menjual atau membeli sesuatu matawang?


Adakah anda ingin strategi Forex yang boleh menguntungkan anda?


Adakah anda telah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit di dalam perdagangan Forex?

Berita baik untuk anda ! ..... Kini anda berpeluang mempelajari sistem atau strategi Forex yang paling berkesan yang mungkin belum anda temui selama ini melalui KAMI.


STRATEGI YANG BELUM DIAJAR
OLEH ORANG LAIN SEBELUM INI

Strategi KAMI adalah sistem atau strategi Forex yang paling unik yang tidak menggunakan sebarang Indicators.

Oleh itu Sistem Forex KAMI adalah satu-satunya strategi yang tidak meniru lain-lain sistem atau strategi di dunia ini. Sistem atau strategi tersebut telah diuji dan terbukti mampu memberi pendapatan lumayan kepada anda.

SISTEM YANG TIDAK MENGGUNAKAN
INDICATOR

Kajian telah dibuat bahawa 95% pedagang Forex mengalami kerugian kerana mereka menggunakan Indicator di dalam perdagangan Forex mereka. Sememangnya setiap Indicator atau Signal memberi keuntungan pada awalnya. .

Tetapi selepas beberapa hari atau beberapa bulan segala keuntungan yang diperolehi akan bertukar menjadi kerugian.Kerana Indicators menggunakan data-data yang telah lepas, oleh itu sebarang Indicators adalah analisis yang telah lepas. Ini bermakna pedagang-pedagang Forex yang menggunakan Indicator berdagang mengikut pergerakan pasaran harga yang telah lepas. Mereka membiarkan Indicators yang melakukan perdagangan untuk mereka. Mereka hanya menurut perintah Indicator sama ada hendak melakukan penjualan dan pembelian. Maka tidak menjadi hairanlah jika hanya 5% sahaja yang berjaya di dalam perdagangan Forex, 95% daripada mereka berakhir dengan kegagalan.

Tiada seorang pun manusia dan tiada Indicator Forex di dalam dunia ini yang boleh mengetahui apakah pergerakan pasaran Forex yang akan datang atau yang seterusnya. Ini kerana pergerakan pasaran di dalam Forex adalah hasil pertarungan minda pedagang-pedagang Forex satu dunia menjual atau membeli sesuatu matawang dan pasaran Forex juga banyak dipengaruhi oleh keadaan ekonomi, sosial dan sesuatu negara ketika itu.

Kalau adalah Indicator yang paling canggih di dalam dunia ini yang boleh memberi keuntungan kepada pedagang-pedagang forex, mengapa hanya 5% sahaja daripada mereka yang berjaya meraih keuntungan. 95% daripada mereka mengalami kerugian. Sedangkan George Soros seorang pedagang mata wang memperolehi keuntungan berbillion dollar sehingga ekonomi Great Britain, Thailand dan Malaysia hampir runtuh tidak menggunakan sebarang Indicator, Perisian, Signal atau Robot. Begitu juga dengan lain-lain pedagang Forex yang telah berjaya meraih keuntungan di dalam dunia ini tidak menggunakan sebarang Indicators, Signal atau Robot.

Ingatlah! amat sukar bagi seseorang itu memperolehi kekayaan melalui Forex dengan menggunakan Indicators. Tetapi sebaliknya yang mudah memperolehi kekayaan adalah orang yang mencipta dan menjual INDIKATOR tersebut.

TIDAK MENGGUNAKAN 'STOP LOSS' TETAPI
TETAP MENJANA KEUNTUNGAN

Sememangnya kebanyakan seminar-seminar Forex mengajar anda sistem 'Stop Loss'. Kerana dengan sistem 'Stop Loss' anda dapat mengawal kerugian anda. Tetapi tidak kurang juga ramai pedagang-pedagang Forex mengalami kerugian dengan menggunakan sistem 'Stop Loss'. Ini kerana jika anda meletakkan 'Stop Loss' yang sedikit, Stop Loss akan aktif dengan mudah dan anda mudah memperolehi kerugian. Jika anda meletakkan 'Stop Loss' dengan banyak pula, anda sentiasa menghadapi ketakutan, kerana jika 'Stop Loss' tersebut aktif anda akan memperolehi kerugian dengan banyak.

TIDAK PERLU MENGELUARKAN
MODAL YANG BANYAK

Salah satu faktor kenapa ramai pedagang Forex mengalami kerugian ialah kerana mereka mengeluarkan modal yang banyak untuk memulakan perdagangan. Sebaik sahaja mereka tamat menghadiri seminar atau kursus Forex, mereka terus mengeluarkan modal beribu-ribu ringgit. Ini kerana mereka terpengaruh dengan janji penganjur seminar Forex yang mengatakan mereka boleh menjana pendapatan sehingga RM10,000 sehari, RM50,000 seminggu dan sebagainya jika mereka mengeluarkan modal yang banyak.

Perdagangan Forex mempunyai risiko yang tinggi. Apabila seseorang berdagang Forex dengan mengeluarkan modal yang banyak, dalam masa 3 bulan pertama dijamin modal tersebut akan habis. Ini kerana apabila seseorang berdagang Forex dengan mengeluarkan modal yang banyak, sedangkan mereka tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang cukup di dalam perdagangan Forex, mereka akan sentiasa di dalam ketakutan. Mereka takut wang yang telah dilaburkan akan lenyap sekelip mata.

Kebanyakan pedagang Forex mempunyai dua emosi semasa berdagang Forex iaitu emosi takut dan tamak. Apabila mereka sedang mengalami kerugian, mereka akan merasa takut dan apabila mereka sedang mengalami keuntungan, mereka akan merasa tamak. Oleh itu kerana emosi takut dan tamak inilah yang menyebabkan ramai pedagang Forex mengalami kerugian.

BERDAGANG MENGIKUT MASA ANDA

Oleh kerana pasaran Forex 24 jam sehari, maka tidak kurang juga ramai pedagang-pedagang Forex tidak tidur siang dan malam kerana ingin memperolehi keuntungan yang banyak. Oleh itu ramai di kalangan mereka terganggu kesihatan kerana kurang tidur. Ini semuanya kerana mereka tidak menggunakan sistem yang betul semasa berdagang Forex.

Apabila seseorang pedagang Forex telah mengalami kerugian sehingga 200 PIP atau lebih, mereka agak sukar untuk mengawal perdagangan mereka. Mereka membiarkan sahaja perdagangan mereka berlalu, mengharapkan pasaran Forex akan berpusing balik (reverse). Apabila pasaran Forex tidak juga berpusing balik (reverse) dan kerugian semakin bertambah, mereka membiarkan sahaja kerugian. Mereka takut untuk menutup perdagangan mereka, kerana tidak sanggup menanggung kerugian yang banyak. Akhirnya mereka tidak dapat tidur sepanjang malam.

SISTEM YANG PALING MUDAH DAN PERCUMA

Pengenalan Forex / Matawang Asing

Pengenalan Forex / Matawang Asing


 



Forex singkatan kepada Foreign Exchange, iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX. Forex sebuah entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $3.5 trillion sehari!!.
Forex melibatkan transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang (currency pair) ini ditransaksikan melalui broker dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).
Pertukaran asing (foreign exchange atau forex) berlaku apabila suatu mata wang ditukar kepada mata wang lain. Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi aktiviti jual beli mata wang antara negara yang melibatkan pasar-pasar mata wang utama di dunia selama yang berlangsung secara 24 jam secara berterusan. Merupakan pasar terbesar dunia di mana ia melibatkan transaksi wang sebesar $2 trilion pada hari pasaran dibuka.
Mata wang terbahagi kepada 2 iaitu Utama dan Kecil (minor). Utama ialah mata wang paling kerap diperdagangkan iaitu USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD dan CAD. Kecil adalah mata wang selain mata wang utama iaitu NZD dan SGD yang turut diniagakan tetapi tidak secara besar-besaran.
Di dalam pasaran pertukaran asing, mata wang diniagakan secara berpasangan. Ia diniagakan secara berpasangan kerana dalam perdagangan mestilah ada beli dan jual. Sebagai contoh pasangan matawang EUR/USD jika membeli pasangan ini bermakna kita membeli EUR (Euro) dan jual USD (dolar AS).
Forex merupakan satu pelaburan yang paling popular kerana pulangan keuntungannya yang tinggi. Keuntungan boleh mencapai sehingga 100% dalam masa beberapa hari. Akibat pergerakan yang cepat tersebut, tidak dinafikan forex juga berisiko tinggi untuk rugi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.
FOREX (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan urus niaga matawang dan Ia juga dipanggil spot market atau pun FX merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan mata wang suatu negara terhadap mata wang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar wang utama di dunia selama 24jam secara berterusan.Pertukaran matawang melibatkan lebih kurang 4000 bank dari seluruh dunia.



Pergerakan pasar Forex bermula dari pasar New Zealand & Australia yang, terus ke pasar Asia iaitu Jepun Singapura & Hongkong, ke pasar Eropah iaitu Jerman sampai ke pasar Amerika.

Dalam perkembangan sejarahnya, bank Pusat milik negara-negara dengan cadangan mata wang asing yang terbesar sekalipun dapat dikalahkan oleh kekuatan pasar forex yang bebas.


Menurut kajian BIS (Bank International for Settlement bank sentral dunia), yang
dilakukan pada akhir tahun 2004, nilai transaksi pasar forex mencapai lebih dari USD$1,4 Trillion per hari dan pada masa ini Transaksi harian melibatkan 4 trillion US Dollar.

Dengan demikian, prospek untuk melabur di perdagangan forex adalah sangat bagus sejak Forex dibuka kepada pelabur-pelabur kecil bermula tahun 1996.

FOREX juga telah menjadi alternatif yang paling popular keranaa ROI (Return On Investment ) serta profit yang akan di jana melebihi rata-rata perdagangan lain pada umumnya (biasanya rata-rata return berkisar lebih dari 5% - 10% per bulannya, bahkan boleh mencapai lebih dari 100% per bulannya untuk professional trader).

Akibat pergerakan yang cepat tersebut, maka FOREX juga mempunyai resiko tinggi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup serta pengurusan kewangan yang baik.

Tiada headquarters atau satu lokasi yang tertentu untuk melakukan transaksi pertukaran matawang dan Pada Masa ini Semua transaksi jual beli dan pertukaran matawang dilakukan secara online melalui Internet dengan perkembangan teknologi.



SEJARAH MATAWANG ASING


Sejak zaman dahulu, manusia telah melakukan perdagangan dengan sekelilingnya untuk berbagai alasan dengan cara sistem barter.
Seiring dengan perkembangnya jaman dan peradaban sistem barter ini gugur kerana mempunyai banyak kelemahan sehingga ditemukan sistem – sistem pembayaran yang baru yang sampai pada akhirnya dengan menggunakan wang sebagai alat pertukaran dan pembayaran.
Sistem pembayaran dengan menggunakan uang juga mempunyai kelemahan untuk bertransaksi dengan suatu negara yang memiliki jenis mata uang yang berbeda.
Keperluan akan nilai tukar timbul kerana mata wang suatu negara biasanya tidak diterima sebagai media atau alat tukar di negara lain.
Hubungan perdagangan antarabangsa menimbulkan adanya permintaan dan penawaran terhadap beberapa mata wang.
Perkara ini kemudian menyebabkan perkembangan pada bursa pertukaran mata uang asing, sehingga diperlukan pengatur untuk berjuta-juta transaksi permintaan dan penawaran yang terjadi setiap hari, yang menuju pada penentu nilai tukar mata wang asing.
Sejarah pertukaran/perdagangan mata wang dapat dikatakan seusia wang itu sendiri dan baru mendapat perhatian yang serius oleh banyak negara pada dekad terakhir ini.
Kalau ditinjau pada dekad standard emas (1880 – pecahnya PD I), pada masa tersebut wang dijamin oleh emas tulin (murni) yang merupakan standard negara tersebut. Defisit neraca pembayaran akan ditutup dengan transfer emas, hingga mengakibatkan money supply menurun dan harga di luar negeri seakan naik, sehingga hal ini akan meningkatkan ekspor sampai defisit hilang, demikian sebaliknya. Dengan demikian, nilai mata wang relatif stabil.
Sampai Perang Dunia I, piawaian emas memungkinkan tercapainya tingkat koreksi yang tinggi terhadap neraca pembayaran. Tetapi, tidak demikian pada saat peperangan, kemungkinan besar kerana tumbuhnya syarikat-syarikat perdagangan dan perusahaan-perusahaan besar, adanya jaminan upah dan harga sehingga tidak mudah menurunkan kecenderungan tersebut, yang berdampak berkurangnya lapangan pekerjaan. Karena membengkaknya pengangguran pada awal 1930-an, piawaian emas tidak dipakai lagi.
Setelah perang dunia selesai dan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930an, dunia menginginkan suatu kestabilan ekonomi yang lebih baik.
Sehingga Pada tanggal 22 Juli 1944, atas prakarsa dari Amerika Serikat, diadakan suatu persidangan kewangan antarabangsa yang dikenali dengan : “The Bretton Woods Conference“, yang dihadiri 44 negara. Usul yang diajukan oleh delegasi Amerika Serikat (White Plan) menyusun rencana-rencana dasar yang disetujui.
Dalam persidangan tersebut, diciptakan suatu system pertukaran mata wang tetap yang disebut dengan “Fixed Exchange Rate System“, yang mempunyai beberapa persamaan dengan standard emas, di mana memuat ketentuan :
  1. Tiap negara menetapkan nilai tukarnya terhadap mata wang USD;
  2. Amerika menetapkan nilai USD terhadap emas (USD 35/ounce);
  3. Amerika akan menjual emas dengan harga tetap kepada pemegang resmi dari mata wang USD;
  4. Perubahan nilai tukar mata wang terhadap USD tidak boleh melebihi 1%, bila terpaksa boleh sampai max 10%.
Sejak itu negara – negara di dunia serta Amerika mulai tumbuh dengan pesat dan dua tahun setelah persidangan tersebut, didirikan lembaga kewangan antarabangsa & Bank Dunia yang kita kenal saat ini dengan IMF (International Monetary Fund) dan Word Bank, untuk mengawasi sistem tersebut.
Kemudian perubahan terjadi di Amerika, Pada periode tahun 1960-an, defisit neraca pembayaran Amerika memaksa negara tersebut melepaskan cadangan emasnya sebesar USD 18 billion kerana Perancis menukarkan USD-nya dengan emas dan dilanjutkan pada periode tahun 1970-an, Amerika kembali harus melepaskan cadangan emasnya sebesar USD 11 billion. Buruknya perekonomian Amerika pada waktu itu menyebabkan masyarakat dunia kurang percaya terhadap USD.
Dan di negara yang memiliki mata uang yang kuat kerana memiliki cadangan emas yang cukup seperti Swiss dan Jerman, mereka menukarkan USD-nya dengan mata wang mereka iaitu CHF dan MDK. Hal ini menyebabkan hutang jangka pendek yang hampir jatuh tempo di Amerika mencapai hampir dua kali cadangan emasnya.
Sistem Bretton Wood hanya mampu bertahan hampir mencapai 30 tahun, pada tanggal 15 Ogos 1971, Presiden Nixon mengumumkan perubahan system nilai tukar untuk USD dengan membiarkan nilai tukarnya terapung (Floating Exchange Rate System), hal ini ditegaskan kembali dalam suatu persidangan di Washington pada tanggal 17-18 Desember 1971 (SMITHSONIAN CONFERENCE), dari sinilah lahirnya nilai tukaran terapung dan berlaku sampai dengan sekarang.
Setelah Presiden Nixon menetapkan nilai terapung untuk mata wang USD, banyak negara yang memutuskan untuk mengapungkan nilai tukarnya, seperti : Jerman, Inggris, Belanda, bahkan Jepun dan tahun – tahun berikutnya banyak negara di dunia yang membiarkan nilai wangnya terapung sesuai dengan mekanisme pasar, iaitu kekuatan permintaan dan penawaran.

ISTILAH-ISTILAH FOREX
Quote Kadar matawang yang terdiri daripada 2 nilai iaitu Bid (harga jual pada dealer) dan Ask (harga beli dari dealer). Nilai Bid selalunya lebih kecil daripada Ask. Perbezaan / selisih harga antara Bid dan Ask ini dinamakan Spread. Biasanya kita pilih Spread yang lebih kecil kerana ini lebih menguntungkan kita (trader). Marketiva menggunakan Bid/Offer.
Pip (point) Setiap pergerakan naik atau turun dikira sebagai unit pip atau point (bagi Marketiva). Misalnya sekiranya kita menggunakan 50.00USD sebagai modal untuk membeli pair EUR/USD, maka setiap satu pip yang diperolehi membawa nilai 0.50USD. Sekiranya satu posisi trade yang kita lakukan memperolehi keuntungan 10 pips, maka nilai keuntungan dalam unit USD ialah 5.00USD.
Posisi Long (Buy) Ini adalah posisi trader membeli suatu matawang pada harga tertentu, bertujuan untuk menjualnya kembali pada harga yang lebih tinggi. Kerana itu, trader mandapat keuntungan dari nilai pasaran yang naik.
Posisi Short (Sell) Ini adalah posisi trader menjual suatu matawang pada harga tertentu dengan tujuan membelinya kembali pada harga yang lebih rendah bagi mengaut keuntungan. Kerana itu, trader mendapat keuntungan ketika nilai pasaran menurun.
High, Low, Open & Close High - rekod harga tertinggi pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa) Low - rekod harga terendah pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa) Open - harga permulaan trade pada hari itu Close - harga penutup trade pada hari itu
Market Order Bermaksud, membeli pada harga (ask/offer) semasa pada saat itu juga (real time); atau menjual pada harga (bid) semasa pada saat itu juga. Misalnya, ketika itu EUR/USD menunjukkan 1.3554/1.3557 (ask/bid) dan anda meletakkan posisi BUY ketika itu, maka posisi anda akan tertera pada paparan trading anda pada harga 1.3555. Ketika ini anda boleh setkan Target Profit (TP) sebanyak 8 pips lebih tinggi (1.3563) dan anda mengaut 8 pips keuntungan. Begitulah sebaliknya.
Stop Order / Limit Order Buy limit kalau anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda buy. Buy stop kalau anda hendak price itu naik dahulu beberapa pips baru anda buy Sell limit kalau anda hendak price itu naik dahulu baru anda sell. Sell stop kalau anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda sell.
Available Margin Jumlah bersih baki yang masih ada dalam akaun anda yang boleh diniagakan setelah jumlah modal ditambah untung (-rugi). Available Margin = Equity (modal) - Used Margin + Profit(-loss)

KEKELIRUAN DIANTARA PERTUKARAN MATAWANG ASING DAN SKIM CEPAT KAYA
Skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang lumayan, gemar menyatakan keuntungan urusniaga mereka dijana daripada aktiviti berrniaga pertukaran asing. Aktiviti skim cepat kaya sebenarnya cumalah permainan Sistem Ponzi.
Disebabkan skim penipuan kerap menggunakan nama pertukaran asing dan juga ciri-ciri semulajadi pasaran pertukaran asing yang menang berisiko tinggi sehingga kerap merugikan individu terlibat dan juga negara, maka Bank Negara Malaysia tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk bermain pertukaran asing.
Bank Negara Malaysia menetapkan hanya bank-bank sahaja dibenarkan melakukan aktiviti pertukaran asing.
Pelabur individu pula masih dibenarkan berniaga pertukaran asing jika syarikat broker tersebut tidak bertapak di dalam negara.
Oleh itu pelabur Malaysia kerap berniaga pertukaran asing secara dalam talian yang disediakan oleh syarikat broker dari negara luar.

Apa perbezaan Forex traditional Dan Forex modern (platform online)?

Apa perbezaan Forex traditional Dan Forex modern (platform online)?

Untuk pasar forex traditional leverage yang dipakai adalah 1:1, atau bererti untuk bertrading senilai $5000 anda memerlukan wang $5000 pula,atau bererti di pasar forex traditional memerlukan modal yang besar, dan umumnya perdagangan forex traditional dilakukan secara offline (biasanya di money changer atau di bank).

Sedangkan pasar forex modern dalam perdagangannya menggunakan leverage (daya ungkit / contract size) yang umumnya 100:1 ,

Perdagangannya pun menggunakan media online.

Jadi di forex modern, anda hanya perlu mengeluarkan modal $50 saja untuk membolehkan anda bertrading di jumlah $5000


Apa perbezaan Forex traditional Dan Forex modern (platform online)?

Untuk pasar forex traditional leverage yang dipakai adalah 1:1, atau bererti untuk bertrading senilai $5000 anda memerlukan wang $5000 pula,atau bererti di pasar forex traditional memerlukan modal yang besar, dan umumnya perdagangan forex traditional dilakukan secara offline (biasanya di money changer atau di bank).

Sedangkan pasar forex modern dalam perdagangannya menggunakan leverage (daya ungkit / contract size) yang umumnya 100:1 ,

Perdagangannya pun menggunakan media online.

Jadi di forex modern, anda hanya perlu mengeluarkan modal $50 saja untuk membolehkan anda bertrading di jumlah $5000

Perbezaan Antara Forex Dan Saham

SAHAM
1. Traders jual dan beli saham
2. Terdapat berpuluh-puluh ribu saham. (susah nak pilih yang terbaik)
3. Pembeli dan Penjual terhad
4. Sesetengah saham agak susah untuk dijual
5. Traders boleh trade pada masa bekerja sahaja.
6. Pasaran sehala. Anda akan untung jika harga naik rugi jika harga turun.

FOREX
1. Traders jual dan beli matawang
2. Terdapat 6 matawang dunia yang utama sahaja jadi senang nak pilih.

3. Pembeli dan penjual x terhad.
4. Senang utk jual beli
5. Traders boleh trade bila-bila masa dalam tempoh 24 jam selama 5 hari berturut-turut.

6. Pasaran 2 hala. Sama ada harga naik atau harga turun, anda tetap boleh mendapatkan untung jika transaksi anda betul..

Tahukah Anda ??

Pernahkah anda mendengar mengenai hari “Black Wednesday”? Ia berlaku pada 16 September 1992, di mana Bank of England (Bank Negara England) kerugian sebanyak GBP 3.4 billion. Orang yang mengaut keuntungan besar di sebalik insiden ini digelar sebagai, “The Man Who Broke the Bank of England” Lelaki ini tidak lain dan tidak bukan adalah George Soros, pelabur Forex terkenal seluruh dunia. Soros melihat kelemahan British Pound dan kedegilan Bank of England menaikkan Interest Rates dan beliau mengambil position “short” sebanyak USD10 billion! Dan hasil ‘trade’ tersebut sahaja, beliau membawa pulang keuntungan Melebihi
USD1 Billion HANYA 1 HARI! Walaupun anda tidak mempunyai berbillion dollar, namun anda juga masih boleh menghasilkan duit dalam arena yang sama seperti Soros dan masih berpeluang menghasilkan duit yang lumayan (walaupun bukan billion). Apakah arena yang disebutkan ini? Ia dipanggil pasaran Forex. FOREX adalah singkatan dari The Foreign Exchange Market. Dan ia adalah di mana semua matawang di dunia ini didagangkan.Mungkin anda pernah dengar tentang Forex, namun mungkin anda tidak tahu bahawa anda berpeluang untuk melakukan transaksi Forex atau ‘trade Forex’. Ini kerana pada awalnya, hanya ‘Big Boys’ atau bank yang bermodal besar sahaja yang dibenarkan untuk ‘trade’ Forex. Mereka, orang-orang terkaya di dunia senyap dan cepat mengambil duit hasil yang dilabur ke pasaran Forex.
Mengapa mereka berbuat sedemikian?
Sudah jelas kerana… Forex dapat menjana untung terbesar berbanding pasaran lain! Namun sejak tahun 96-97, dan mula popular sejak tahun 2002-2003, orang ramai dibenarkan untuk trade di dalam pasaran Forex menggunakan Firma Online Forex Brokerage. Juga difahamkan bahawa ada sesetengah bank luar Malaysia yang memperuntukkan 10-20% dari keseluruhan modal mereka ke dalam pasaran Forex dan menjana untung dari keseluruhan untung tahunan dengan berniaga dalam pasaran Forex.

ASAS - ASAS FOREX YANG PERLU ANDA KETAHUI

Quote

Kadar matawang yang terdiri daripada 2 nilai iaitu Bid (harga jual pada dealer) dan Ask (harga beli dari dealer). Nilai Bid selalunya lebih kecil daripada Ask. Perbezaan / selisih harga antara Bid dan Ask ini dinamakan Spread. Biasanya kita pilih Spread yang lebih kecil kerana ini lebih menguntungkan kita (trader). Marketiva menggunakan Bid/Offer.
Pip (point)
Setiap pergerakan naik atau turun dikira sebagai unit pip atau point (bagi Marketiva). Misalnya sekiranya kita menggunakan $50.00 sebagai modal untuk membeli pair EUR/USD, maka setiap satu pip yang diperolehi membawa nilai $0.50. Sekiranya satu posisi trade yang kita lakukan memperolehi keuntungan 10 pips, maka nilai keuntungan dalam unit USD ialah $5.00.
Posisi Long (Buy)
Ini adalah posisi trader membeli suatu matawang pada harga tertentu, bertujuan untuk menjualnya kembali pada harga yang lebih tinggi. Kerana itu, trader mandapat keuntungan dari nilai pasaran yang naik.
Posisi Short (Sell)
Ini adalah posisi trader menjual suatu matawang pada harga tertentu dengan tujuan membelinya kembali pada harga yang lebih rendah bagi mengaut keuntungan. Kerana itu, trader mendapat keuntungan ketika nilai pasaran menurun.
High, Low, Open & Close
High - rekod harga tertinggi pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa)
Low - rekod harga terendah pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa)
Open - harga permulaan trade pada hari itu
Close - harga penutup trade pada hari itu
Market Order
Bermaksud, membeli pada harga (ask/offer) semasa pada saat itu juga (real time); atau menjual pada harga (bid) semasa pada saat itu juga. Misalnya, ketika itu EUR/USD menunjukkan 1.3554/1.3557 (ask/bid) dan anda meletakkan posisi BUY ketika itu, maka posisi anda akan tertera pada paparan trading anda pada harga 1.3555. Ketika ini anda boleh setkan Target Profit (TP) sebanyak 8 pips lebih tinggi (1.3563) dan anda mengaut 8 pips keuntungan. Begitulah sebaliknya.
Stop Order / Limit Order
Buy limit kalau anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda buy.
Buy stop kalau anda hendak price itu naik dahulu beberapa pips baru anda buy.
Sell limit kalau anda hendak price itu naik dahulu baru anda sell.
Sell stop kalau anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda sell.
Available Margin
Jumlah bersih baki yang masih ada dalam akaun anda yang boleh diniagakan setelah jumlah modal ditambah untung (-rugi). Available Margin = Equity (modal) - Used Margin + Profit(-loss)

ANALISIS

Analisa teknikal memerlukan kita menganalisa chart/graf untuk mengetahui trend dan mengetahui masa yang sesuai untuk enter position buy atau sell. Apabila trend menunjukkan tanda menaik (uptrend), kita akan akan buy dan apabila trend menunjukkan tanda menurun (downtrend), kita akan sell.
Analisa  teknikal akan menggunakan:
  • Technical indicators seperti Parabolic SAR, MACD dan lain-lain.Setiap technical indicators mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk membantu kita membuat keputusan buy atau sell. Gabungan daripada technical indicators akan membentuk satu trading sistem/strategi.
  • Charting tools seperti Trendline, Fibonacci, Channel dan lain-lain.

                               ANALISIS FUNDAMENTAL

Analisa fundamental memerlukan menganalisa pergerakan pasaran melalui berita-berita atau faktor-faktor yang dirasa dapat mempengaruhi ekonomi sesebuah negara.

Salah satu kaedah analisa fundamental adalah melalui Economic Calendar
http://www.forexfactory.com
Settingkan web tersebut seperti yang ditunjukkan untuk memastikan semua economic data dipaparkan mengikut waktu Malaysia.
 

                                       FIBONACCI

Leonardo Fobonacci da Pisa adalah seorang warga Italy yang telah menemukan Fibonacci Number . Banyak kejadian tuhan di dalam dunia ini yang diasaskan dengan nombor Fibonacci.
Asasnya Fibonacci hanyalah urutan nombor. 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55,…. Untuk mendapatkan nombor yang berikut, kita cuma perlu mencampurkan nombor yang ada dengan nombor yang sebelumnya. Untuk mendapatkan nombor selepas 55 kita cuma perlu mencampurkan nombor 55 dengan 34. Hasilnya 89.
Yang menariknya apabila mana-mana nombor fibonacci kita bahagikan dengan nombor berikutnya, kita akan mendapat nombor 0.618. 34 dibahagikan dengan 55 akan memberikan jawapan nombor 0.618. Ini adalah salah satu nombor prima fibonacci. Dan apabila kita bahagikan dengan nombor selang satu daripada nombor tersebut, kita akan mendapat 0.382. Contohnya nombor 21, nombor selang satu satu selepasnya ialah 55. apabila kita bahagikan 21 dengan 55 kita akan mendapat nombor 0.382.

Mungkin penerangan ini agak mengelirukan. Yang penting kita kena mengenali nombor fibonacci. Memang menakjubkan, Support dan Resistance selalunya terletak pada nombor-nombor fibonacci.
Untuk market yang tengah bullish (menaik), kebiasaannya harga akan menurun sedikit pada satu ketika. Harga tersebut selalunya akan berhenti pada nombor-nombor fibonacci. Dengan merujuk kepada teori fibonacci ini, peniaga-peniaga forex dapat meramalkan pergerakkan harga sesuatu matawang. Terdapat banyak teknik fibonacci yang ujud. Untuk memudahkan analisa, memadai dengan mempelajari Fibonacci Retracement dan Fibonacci Extension.
Fibonacci Retracement digunakan untuk mencari masa terbaik untuk entry/enter order dan Fibonacci Extension untuk menentukan masa terbaik untuk keluar/exit/close dari market.
Fibonacci Retracement ialah berkenaan kebarangkalian untuk pergerakan harga berpatah balik,  sebelum ia menyambung pergerakan mengikut arah yang sebenar.  Dalam chart di atas nilai fibonacci retracement ialah pergerakan harga dari 1.0 ke 0.618 (bersamaan dengan 61.8%),  sebelum ia menyambung pergerakan sebenar market. Berikan perhatian lebih kepada nilai 38.2% dan 61.8%. Untuk bearish market,  terbalikkan kesemua penerangan yang diberikan.
Fibonacci Extension pula ialah ramalan pergerakan harga selepas ia memantul daripada aras support/resistant.  Fibonacci Extension membantu kita mencari masa terbaik untuk keluar dari market.  Dalam chart Zone Panas diatas,  Fibonacci Extension merupakan pergerak dari “C” keatas.  Kita cuma perlu mengira nilai B-A.  Lepas tu kiralah nilai C campur B-A di kali dengan 61.8% atau 100%.  Umumnya kita hanya berminat untuk mengetahui nilai pada 61.8% dan 100%.  Untuk bearish market terbalikkan cara pengiraaannya.

SUPPORT AND RESISTANCE

Sila lihat gambar rajah di bawah:
Ini adalah contoh graf sebenar yang saya cut dan paste daripada salah satu platform broker.  Sila lihat bentuk graf tersebut baik-baik. Seterusnya sila lihat contoh gambar rajah berikut:
Setelah kita plotkan garisan pada graf kita akan dapat satu bentuk garisan zigzag. Ini merupakan asas kepada chart forex. Titik-titik A, C dan E dikenali sebagai titik support. Manakala puncak yang ditandakan dengan titik B, D dan F merupakan titik resistance. Saya ringkaskan penerangan ini melalui gambarajah di bawah:
Lihat kaitan di antara titik support dan resistance di dalam graf ini.Graf ini menunjukkan pasaran dalam keadaan downtrend. Ketika downtrend perhatikan graf tidak akan dapat menembusi titik resistance sebelumnya. Contohnya puncak D tidak dapat menembusi puncak B. Begitu juga puncak F tidak akan dapat menembusi puncak D. Inilah yang menyebabkan keadaan downtrend berlaku.
Sila lihat gambar rajah untuk keadaan uptrend:

Perhatikan keadaan sebaliknya berlaku ketika pasaran berada dalam keadaan uptrend. Titik support sebelumnya tidak dapat ditembusi oleh titik support selepasnya. Keadaan ini yang menyebabkan keadaan uptrend berlaku.
Walaupun begitu biasa terjadi keadaan di mana titik resistance atau titik support berjaya ditembusi oleh titik support dan resistance selepasnya. Sekiranya ini berlaku kemungkinan perubahan trend akan berlaku.

CANDLESTIK

Sebenarnya kedua-dua candle ini sama sahaja seperti hammer dan hangging man. Konsep yang sama cuma bentuk yang berbeza. Sila lihat gambarajah di bawah:
Inverted Hammer
Shooting Star



Nampak kan persamaannya. Inverted hammer ni merupakan signal ataupun tanda-tanda kemungkinan berlakunya perubahan trend daripada downtrend kepada uptrend. Manakala shooting star pula merupakan tanda-tanda awal kemungkinan berlakunya perubahan trend daripada uptrend kepada downtrend.
Kenapa inverted hammer boleh berlaku? Ini kerana pada masa ini BUYER telah mula menguasai pasaran. Walau bagaimanapun SELLER berusaha untuk mengambil alih pasaran. Tetapi akhirnya BUYER tetap berjaya mendahului pasaran pada masa-masa akhir sebelum candle yang baru muncul.
Kenapa shoooting star boleh berlaku? Kisahnya adalah berlawanan dengan di atas. Yang mana pada mulanya SELLER telah berjaya menguasai pasaran tetapi cuba di ambil alih oleh BUYER tetapi akhirnya pada masa-masa akhir SELLER berjaya menguasai pasaran sebelum candle baru muncul.
Hammer dan Hanging Man mempunyai bentuk yang agak sama tetapi keadaan yang berbeza. Biasanya Hammer dan Hanging Man mempunyai body yang kecil dan lower shadow yang panjang. Manakala Upper Shadow sangat pendek ataupun tidak kelihatan langsung. Lihat gambar rajah di bawah:
Hammer

Hanging Man

Berdasarkan gambarajah di atas kita boleh membezakan di antara Hammer dan Hanging Man. Sekiranya Hammer muncul semasa downtrend berkemungkinan perubahan trend akan berlaku kepada uptrend. Sebaliknya sekiranya Hanging Man muncul semasa uptrend berkemungkinan perubahan trend akan berlaku kepada donwtrend.
Bentuk-bentuk doji:
Doji ini terjadi disebabkan open price dan close price mempunyai harga pasaran yang sama dalam tempoh masa tertentu. Dalam keadaan ini BUYER dan SELLER tidak dapat mempengaruhi harga pasaran. Kedua-dua saling bersaing menyebabkan harga pasaran turun dan naik tetapi akhirnya kembali semula pada harga open price. Terdapat beberapa perhatian yang perlu diambil sekiranya doji muncul dalam chart.
Perhatikan gambarajah di bawah:
Sekiranya doji muncul selepas candlelistick putih (kosong) yang panjang ia mengambarkan keadaan BUYER yang sudah semakin kurang. Bagi meneruskan trend (uptrend) lebih banyak buyer diperlukan malangnya keadaan sebaliknya berlaku. Dalam keadaan ini berkemungkinan SELLER telah mula menguasai pasaran dan perubahan trend akan berlaku.
Perhatikan pula gambarajah di bawah:
Sekiranya doji muncul selepas long black candlestick mengambarkan keadaan SELLER yang semakin berkurangan dan untuk meneruskan trend (downtrend) lebih ramai SELLER diperlukan. Walau bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku. Berkemungkinan BUYER telah mula menguasai pasaran dan perubahan trend akan berlaku.
White Marubozu bermaksud harga tertinggi (High price) adalah sama dengan close price manakala harga terendah (low price) adalah sama dengan Open price. Keadaan ini mengambarkan bahawa harga pasaran dikawal sepenuhnya oleh BUYER.  Ini merupakan signal ataupun petanda kuat yang menunjukkan bahawa trend market akan terus berada dalam keadaan uptrend ataupun berubah kepada uptrend. 
Black Marubozu pula bermaksud harga tertinggi adalah sama dengan open price dan harga terendah sama dengan close price. Keadaan ini mengambarkan bahawa harga pasaran dikawal sepenuhnya oleh SELLER. Ini pula merupakan signal atau petanda kuat yang menunjukkan arah trend akan berterusan downtrend ataupun bertukar kepada downtrend.
 Bentuk candlesticks di atas dikenali sebagai Spinning Tops. Di mana dalam keadaan ini candlestick mempunyai body yang kecil. Situasi ini mengambarkan kekurangan aktiviti BUYER dan juga SELLER. Warna di dalam body adalah diabaikan. Sekiranya candlestick jenis ini keluar semasa trend pasaran adalah uptrend (BUY) maka berkemungkinan trend pasaran akan berubah kepada downtrend (SELL). Ini disebabkan keadaan aktiviti BUYER yang telah berkurangan. Dan sebaliknya sekiranya candlestick ini keluar semasa trend pasaran downtrend maka berkemungkinan arah pasaran akan berubah kepada uptrend.
Candlesticks Bar:
Candlestick merupakan salah satu kaedah yang sangat digemari oleh ramai trader. Ini kerana candlestick memberikan banyak informasi berguna kepada trader. Antara informasi-informasi penting yang boleh diperolehi melalui candlestick ialah:
Real Body:
- sekiranya real body kosong (tidak berwarna) ini bermaksud close price adalah lebih tinggi berbanding open price. (BUY – Bullish)
- Real body yang berwarna hitam pula bermaksud close price adalah lebih rendah berbanding open price.  (SELL – Bearish)
- High pula merupakan harga pasaran tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu.
- Low pula merupakan harga pasaran terendah yang pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu.
- Open merupakan harga pasaran dibuka.
- Close pula merupakan harga pasaran ditutup.
- Satu lagi informasi penting yang boleh diperolehi melalui candlestick ialah informasi melalui Upper Shadow dan juga Lower Shadow. Ini akan kita bicangkan selepas ini.
Bentuk-bentuk body:
Terdapat bermacam-macam bentuk body candlestick. Ada yang panjang dan juga pendek. Bentuk-bentuk ini juga memberikan beberapa informasi penting:
- Bentuk body yang panjang dan kosong (tidak berwarna) bermaksud keadaan pasaran adalah lebih kepada Buyer. Semakin panjang body maka semakin jauh close price berada di atas open price.
- Bentuk body yang panjang dan berisi (hitam) bermaksud keadaan pasaran lebih kepada seller. Semakin panjang body candlestick semakin jauh close price berada di bawah open price.
- Bentuk body candlestick yang pendek sama ada kosong atau berisi pula bermaksud jumlah buyer dan seller yang kurang aktif ataupun sedikit.
Bentuk-bentuk Shadow (Upper & Lower):
Upper shadow dan lower shodow juga mempunyai bentuk yang berbeza-beza. Ada yang pendek dan ada yang panjang. Semua ini juga membawa beberapa maksud yang tersendiri.
- Shadow yang panjang menunjukkan pasaran harga dalam tempoh masa tertentu berada jauh diatas ataupun dibawah daripada nilai open price dan juga close price.
- Shadow yang pendek pula menunjukkan pasaran harga dalam tempoh masa tertentu sentiasa berada di sekitar nilai open price dan juga close price.
Perhatikan gambar rajah dibawah:
- Sekiranya candlestick mempunyai Upper shadow yang panjang dan Lower shadow yang pendek, bermaksud pada mulanya harga pasaran adalah lebih kepada buyer dan telah berada jauh berada di atas open price walau bagaimanapun di sebabkan oleh situasi-situasi tertentu harga pasaran telah ditolak kembali oleh Seller dan menyebabkan close price berada di bawah open price.
- Sekiranya Candlestick mempunyai Upper Shadow yang pendek dan Lower shadow yang panjang bermaksud, pada mulanya harga pasaran lebih kepada Seller dan berada jauh di bawah open price tetapi disebabkan oleh keadaan-keadaan tertentu menyebabkan harga ditolak kembali oleh Buyer dan seterusnya menyebabkan harga ditutup (close price) di atas open price.
Terdapat 3 jenis Chart yang sering diguna pakai oleh trader iaitu:
1. Line Chart
2. Bar Chart
3. Candlestick Charts

Line Chart:

Merupakan chart yang paling simple. Hanya merujuk kepada close price sesebuah matawang. Chart dibina berdasarkan close price market kepada close price market untuk masa tertentu.
Contoh Line Chart:
Bar Chart:
Lebih kurang dengan line chart cuma ditambah dengan beberapa informasi seperti open price, high price, low price dan juga close price. Open price adalah harga pasaran dibuka untuk selang masa tertentu. Close price ialah harga pasaran ditutup dalam tempoh masa tertentu. High price ialah kadar harga tertinggi pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu. Low price ialah harga terendah pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu.
Contoh Chart penuh untuk Bar Chart:
Candlestick Charts:
Merupakan chart yang paling digemari oleh ramai trader. Ini kerana terlalu banyak informasi yang boleh diperoehi melalui chart jenis ini.
Secara asasnya istilah adalah sama seperti Bar chart iaitu Open price adalah harga pasaran dibuka untuk selang masa tertentu. Close price ialah harga pasaran ditutup dalam tempoh masa tertentu. High price ialah kadar harga tertinggi pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu. Low price ialah harga terendah pernah dicapai dalam tempoh masa tertentu.
Warna body pada setiap bar juga membawa maksud yang tertentu. Sekiranya body untuk setiap bar adalah kosong ia bermaksud close price adalah lebih tinggi daripada open price. Manakala sekiranya body berwarna hitam ia bermaksud close price lebih rendah berbanding open price.
Contoh  Candlesticks Chart:
Sesetengah trader mengatakan bahawa analisis pasaran harga matawang mengunakan fundamental analysis adalah lebih baik kerana  berita-berita ekonomi yang sebenarnya mempengaruhi harga pasaran matawang dunia dan tiada kaitan langsung dengan trend pada chart. Manakala sebahagian trader pula mengatakan yang trend pada chart lebih tepat kerana kebanyakkan trader melakukan trade berdasarkan pergerakkan harga pada chart. Ini sekaligus akan mempengaruhi harga pasaran matawang dunia.
Walau bagaimanapun, sebenarnya kedua-dua jenis analysis ini adalah penting. Trader yang baik akan mengambil kira kedua-dua kaedah. Contohnya seorang trader telah menemui trend harga pasaran untuk pair matawang tertentu. Bagi mengukuhkan lagi trend tersebut ia akan merujuk pada berita-berita melibatkan matawang yang ingin diniagakan. Trader tersebut hanya kan trade berdasarkan trend yang ditemui sekiranya trend tersebut diakui oleh berita ekonomi daripada negara terbabit. Ataupun setiap kali ingin melakukan trade seorang trader akan membaca setiap berita ekonomi untuk pasaran harga matawang yang ingin diurusniagakan. Selepas itu berdasarkan berita-berita tersebut trader akan mencari trend pasaran untuk mana-mana pair yang berkaitan.
Terdapat 2 jenis kaedah yang sering diguna pakai oleh trader seluruh dunia untuk menganalisis pasaran forex iaitu:
1. Fundamental Analysis
2. Technical Analysis
Fundamental Analysis ialah kaedah menganalisis pasaran matawang mengunakan berita-berita yang melibatkan ekonomi sesebuah negara. Contohnya matawang U.S telah mengalami kekuatan dan kukuh berbanding matawang lain. Seterusnya dengan peningkatan tersebut negara US telah mengambil inisiatif untuk mengawal kadar inflasi. Keadaan ini telah menjadikan matawang US semakin kukuh untuk jangka masa tertentu. Berdasarkan berita ini trader mengambil keputusan untuk BUY matawang USD berbanding matawang lain.
Secara kesimpulan:
Berita-berita yang baik daripada sesebuah negara akan mengalakkan peningkatan ekonomi sesebuah negara dan menjadikan matawang negara tersebut semakin kukuh berbanding matawang-matawang lain.
dan sebaliknya berita-berita yang kurang baik akan menyebabkan ekonomi sesebuah negara turun dan menyebabkan matawang negara tersebut turun berbanding matawang negara lain.
Technical Analysis pula merupakan kaedah menganalisis pasaran matawang melalui pergerakan harga matawang sebelumnya. Biasanya semua data-data ini dikumpulkan dan dibuat dalam bentuk graf bagi memudahkan analisis. Dengan menggunakan kaedah tertentu, pergerakan harga pasaran boleh diketahui berdasarkan harga pasaran sebelumnya. Perkara yang paling penting melalui kaedah ini ialah penentuan trend pasaran. Keuntungan boleh dicapai sekiranya trader membuka posisi trade mengikut trend pasaran.

PANDANGAN TERHADAP LEVERAGE

Ramai yang was-was tentang leverage dalam forex. Ada yang terus klasifikasikannya haram. Jom kita lawat kembali apa itu leverage.
1. Leverage disediakan oleh broker kerana increment forex setiap hari – naik turun harga forex – adalah kecil, dalam +/-1% sahaja sehari berbanding dengan saham ada yang dua digit % sehari. Tetapi forex adalah dagangan instrumen kewangan terbesar didunia, melebihi dari saham, bon, derivatif, komoditi, futures, options dan lain-lain. Walaupun dagangannya terbesar tetapi increment harga yang kecil tidak menarik pelabur atau peniaga untuk berniaga forex. Jadi broker yang mempunyai modal, menyediakan leverage untuk menggandakan keuntungan forex dengan harapan ramai akan tertarik untuk berniaga forex.
   2. Leverage adalah akad diantara dua pihak – peniaga dan broker. Leverage hanyalah wujud dengan perjanjian diantara broker dengan peniaga sahaja. Perjanjian ini tidak ada mengatakan diberi faedah kepada “jumlah” leverage itu, jadi tidak ada unsur riba dalam leverage.
   3. Leverage adalah hanya satu mekanisme mengganda untung (atau rugi). Leverage hanyalah satu kaedah atau satu faktor “menambah” keuntungan sekiranya betul perniagaan itu (magnification factor). Keuntungan itu diberi oleh broker. Broker memang sudah mencongak dalam perkiraan bisnes broker mereka, berapa ramai yang akan untung dan rugi. Jadi penyediaan leverage tidak menggugat bisnes mereka.
   4. Leverage hanya diguna semasa saat dan masa tempoh berniaga – iaitu dari saat masuk beli atau jual sehingga belian atau jualan itu ditutup (closed). Jadi leverage bukan “pinjaman”.
   5. Peniaga, jika kerugian, dihadkan kepada jumlah yang ada dalam deposit sahaja, bukan jumlah kerugian yang diganda dengan leverage
   6. Perkara yang jelas disini ialah leverage tidak ada unsur riba atau maisir.
   7. Leverage bukan pinjaman, dalam erti kata duit itu boleh dimiliki, dipegang, digunakan atau dibuat apa sahaja yang difikirkan hendak dilakukan oleh peniaga. Misalnya, jika leverage 1:100, dan peniaga meletakkan deposit dalam akaun broker sebanyak $1,000, ini bukan bermakna bahawa apabila peniaga berakad dengan broker untuk mengambil atau menggunakan leverage 1:100, peniaga boleh bila-bila masa keluarkan 100 x $1,000 dari akaun dan buat sesuka hati. Peniaga hanya pada bila-bila masa (selagi depositnya tidak berubah – kurang atau bertambah) memiliki sebanyak kuantiti deposit itu sahaja, iaitu $1,000. Deposit itu yang diakadkan oleh peniaga supaya di “simpan” oleh broker dengan tujuan untuk digunakan dalam berjual beli forex.
   8. Perjanjian leverage adalah setimpal atau dua hala diantara peniaga dengan broker dan mempunyai asas keadilan bagi kedua-dua pihak. Keadilan ketika peniaga membuat untung dengan digandakan mengikut nisbah leverage. Keadilan juga ketika peniaga membuat kesilapan dalam jual beli, iaitu harga yang berpusing arah dan peniaga memutuskan untuk menutup (close) pada kuantiti kerugian yang juga dikira dengan nisbah leverage yang sama. Maknanya dalam menutup belian atau jualan itu peniaga memang maklum tentang kerugiannya.
   9. Bagi peniaga-peniaga yang mahir, leverage kecil sahaja yang selalu digunakan dengan modal yang secukupnya.
  10. Leverage bukan satu alat menganiaya atau menzalim yang direka oleh broker untuk menipu peniaga. Ia lebih kepada satu insentif pemasaran, untuk menarik peniaga membuka akaun dengan broker. Apabila peniaga telah bersedia untuk berniaga forex, peniaga seharusnya dianggap telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk berniaga forex, sama seperti orang yang hendak memandu kereta. Dia sudah dianggap bersedia untuk memandu kereta yang akan berjalan ditengah-tengah jalanraya yang amat berisiko yang boleh menyebabkan kematian jika kemalangan! Cuma didalam forex risiko kematian itu tidak wujud! Risiko paling teruk ialah kerugian kesemua wang deposit yang dijadikan modal, tidak lebih dari itu! Wajib bagi peniaga untuk berniaga dengan betul, dengan membuat kajian analisa fundamental, ekonomi, dan juga teknikal, seperti juga kerja yang wajib dibuat untuk berniaga nasi lemak, restoran, penternakan lembu kambing lintah atau cacing, perniagaan mega korporat kelas pertama Bursa KL, atau apa sahaja kerja yang selalu disebut “perniagaan”.

Terserahlah kepada tafsiran masing-masing tentang leverage. Jika was-was gunakan leverage 1:1 sahaja, tetapi berniaga dengan leverage kecil memang kurang menarik, kurang mencabar, dan biasanya dapat penat sahaja.Apuan marginah menjemput mengadap.hehe

Di dalam perniagaan forex ini pada hemat saya isu leverage tidaklah terlalu menyimpang dari segi syarak berbanding dengan isu mengamalkan sistem berniaga forex yang sebenarnya lebih menghampiri berjudi tetapi tidak diperasan oleh kebanyakan peniaga. Isu ini ialah penggunaan sistem atau program berniaga forex yang menggunakan perisian yang ditulis oleh programmer. Ramai peniaga yang memilih jalan mudah berniaga tanpa perlu membuat kerja-kerja wajib untuk berniaga lalu menggunakan sistem-sistem ini.