Usahawan Bumiputera Forex Group

Saturday, October 23, 2010

SUPPORT AND RESISTANCE

Sila lihat gambar rajah di bawah:
Ini adalah contoh graf sebenar yang saya cut dan paste daripada salah satu platform broker.  Sila lihat bentuk graf tersebut baik-baik. Seterusnya sila lihat contoh gambar rajah berikut:
Setelah kita plotkan garisan pada graf kita akan dapat satu bentuk garisan zigzag. Ini merupakan asas kepada chart forex. Titik-titik A, C dan E dikenali sebagai titik support. Manakala puncak yang ditandakan dengan titik B, D dan F merupakan titik resistance. Saya ringkaskan penerangan ini melalui gambarajah di bawah:
Lihat kaitan di antara titik support dan resistance di dalam graf ini.Graf ini menunjukkan pasaran dalam keadaan downtrend. Ketika downtrend perhatikan graf tidak akan dapat menembusi titik resistance sebelumnya. Contohnya puncak D tidak dapat menembusi puncak B. Begitu juga puncak F tidak akan dapat menembusi puncak D. Inilah yang menyebabkan keadaan downtrend berlaku.
Sila lihat gambar rajah untuk keadaan uptrend:

Perhatikan keadaan sebaliknya berlaku ketika pasaran berada dalam keadaan uptrend. Titik support sebelumnya tidak dapat ditembusi oleh titik support selepasnya. Keadaan ini yang menyebabkan keadaan uptrend berlaku.
Walaupun begitu biasa terjadi keadaan di mana titik resistance atau titik support berjaya ditembusi oleh titik support dan resistance selepasnya. Sekiranya ini berlaku kemungkinan perubahan trend akan berlaku.

No comments:

Post a Comment