Usahawan Bumiputera Forex Group

Saturday, October 23, 2010

ANALISIS

Analisa teknikal memerlukan kita menganalisa chart/graf untuk mengetahui trend dan mengetahui masa yang sesuai untuk enter position buy atau sell. Apabila trend menunjukkan tanda menaik (uptrend), kita akan akan buy dan apabila trend menunjukkan tanda menurun (downtrend), kita akan sell.
Analisa  teknikal akan menggunakan:
  • Technical indicators seperti Parabolic SAR, MACD dan lain-lain.Setiap technical indicators mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk membantu kita membuat keputusan buy atau sell. Gabungan daripada technical indicators akan membentuk satu trading sistem/strategi.
  • Charting tools seperti Trendline, Fibonacci, Channel dan lain-lain.

                               ANALISIS FUNDAMENTAL

Analisa fundamental memerlukan menganalisa pergerakan pasaran melalui berita-berita atau faktor-faktor yang dirasa dapat mempengaruhi ekonomi sesebuah negara.

Salah satu kaedah analisa fundamental adalah melalui Economic Calendar
http://www.forexfactory.com
Settingkan web tersebut seperti yang ditunjukkan untuk memastikan semua economic data dipaparkan mengikut waktu Malaysia.
 

                                       FIBONACCI

Leonardo Fobonacci da Pisa adalah seorang warga Italy yang telah menemukan Fibonacci Number . Banyak kejadian tuhan di dalam dunia ini yang diasaskan dengan nombor Fibonacci.
Asasnya Fibonacci hanyalah urutan nombor. 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55,…. Untuk mendapatkan nombor yang berikut, kita cuma perlu mencampurkan nombor yang ada dengan nombor yang sebelumnya. Untuk mendapatkan nombor selepas 55 kita cuma perlu mencampurkan nombor 55 dengan 34. Hasilnya 89.
Yang menariknya apabila mana-mana nombor fibonacci kita bahagikan dengan nombor berikutnya, kita akan mendapat nombor 0.618. 34 dibahagikan dengan 55 akan memberikan jawapan nombor 0.618. Ini adalah salah satu nombor prima fibonacci. Dan apabila kita bahagikan dengan nombor selang satu daripada nombor tersebut, kita akan mendapat 0.382. Contohnya nombor 21, nombor selang satu satu selepasnya ialah 55. apabila kita bahagikan 21 dengan 55 kita akan mendapat nombor 0.382.

Mungkin penerangan ini agak mengelirukan. Yang penting kita kena mengenali nombor fibonacci. Memang menakjubkan, Support dan Resistance selalunya terletak pada nombor-nombor fibonacci.
Untuk market yang tengah bullish (menaik), kebiasaannya harga akan menurun sedikit pada satu ketika. Harga tersebut selalunya akan berhenti pada nombor-nombor fibonacci. Dengan merujuk kepada teori fibonacci ini, peniaga-peniaga forex dapat meramalkan pergerakkan harga sesuatu matawang. Terdapat banyak teknik fibonacci yang ujud. Untuk memudahkan analisa, memadai dengan mempelajari Fibonacci Retracement dan Fibonacci Extension.
Fibonacci Retracement digunakan untuk mencari masa terbaik untuk entry/enter order dan Fibonacci Extension untuk menentukan masa terbaik untuk keluar/exit/close dari market.
Fibonacci Retracement ialah berkenaan kebarangkalian untuk pergerakan harga berpatah balik,  sebelum ia menyambung pergerakan mengikut arah yang sebenar.  Dalam chart di atas nilai fibonacci retracement ialah pergerakan harga dari 1.0 ke 0.618 (bersamaan dengan 61.8%),  sebelum ia menyambung pergerakan sebenar market. Berikan perhatian lebih kepada nilai 38.2% dan 61.8%. Untuk bearish market,  terbalikkan kesemua penerangan yang diberikan.
Fibonacci Extension pula ialah ramalan pergerakan harga selepas ia memantul daripada aras support/resistant.  Fibonacci Extension membantu kita mencari masa terbaik untuk keluar dari market.  Dalam chart Zone Panas diatas,  Fibonacci Extension merupakan pergerak dari “C” keatas.  Kita cuma perlu mengira nilai B-A.  Lepas tu kiralah nilai C campur B-A di kali dengan 61.8% atau 100%.  Umumnya kita hanya berminat untuk mengetahui nilai pada 61.8% dan 100%.  Untuk bearish market terbalikkan cara pengiraaannya.

No comments:

Post a Comment