Usahawan Bumiputera Forex Group

Saturday, October 23, 2010

PANDANGAN TERHADAP LEVERAGE

Ramai yang was-was tentang leverage dalam forex. Ada yang terus klasifikasikannya haram. Jom kita lawat kembali apa itu leverage.
1. Leverage disediakan oleh broker kerana increment forex setiap hari – naik turun harga forex – adalah kecil, dalam +/-1% sahaja sehari berbanding dengan saham ada yang dua digit % sehari. Tetapi forex adalah dagangan instrumen kewangan terbesar didunia, melebihi dari saham, bon, derivatif, komoditi, futures, options dan lain-lain. Walaupun dagangannya terbesar tetapi increment harga yang kecil tidak menarik pelabur atau peniaga untuk berniaga forex. Jadi broker yang mempunyai modal, menyediakan leverage untuk menggandakan keuntungan forex dengan harapan ramai akan tertarik untuk berniaga forex.
   2. Leverage adalah akad diantara dua pihak – peniaga dan broker. Leverage hanyalah wujud dengan perjanjian diantara broker dengan peniaga sahaja. Perjanjian ini tidak ada mengatakan diberi faedah kepada “jumlah” leverage itu, jadi tidak ada unsur riba dalam leverage.
   3. Leverage adalah hanya satu mekanisme mengganda untung (atau rugi). Leverage hanyalah satu kaedah atau satu faktor “menambah” keuntungan sekiranya betul perniagaan itu (magnification factor). Keuntungan itu diberi oleh broker. Broker memang sudah mencongak dalam perkiraan bisnes broker mereka, berapa ramai yang akan untung dan rugi. Jadi penyediaan leverage tidak menggugat bisnes mereka.
   4. Leverage hanya diguna semasa saat dan masa tempoh berniaga – iaitu dari saat masuk beli atau jual sehingga belian atau jualan itu ditutup (closed). Jadi leverage bukan “pinjaman”.
   5. Peniaga, jika kerugian, dihadkan kepada jumlah yang ada dalam deposit sahaja, bukan jumlah kerugian yang diganda dengan leverage
   6. Perkara yang jelas disini ialah leverage tidak ada unsur riba atau maisir.
   7. Leverage bukan pinjaman, dalam erti kata duit itu boleh dimiliki, dipegang, digunakan atau dibuat apa sahaja yang difikirkan hendak dilakukan oleh peniaga. Misalnya, jika leverage 1:100, dan peniaga meletakkan deposit dalam akaun broker sebanyak $1,000, ini bukan bermakna bahawa apabila peniaga berakad dengan broker untuk mengambil atau menggunakan leverage 1:100, peniaga boleh bila-bila masa keluarkan 100 x $1,000 dari akaun dan buat sesuka hati. Peniaga hanya pada bila-bila masa (selagi depositnya tidak berubah – kurang atau bertambah) memiliki sebanyak kuantiti deposit itu sahaja, iaitu $1,000. Deposit itu yang diakadkan oleh peniaga supaya di “simpan” oleh broker dengan tujuan untuk digunakan dalam berjual beli forex.
   8. Perjanjian leverage adalah setimpal atau dua hala diantara peniaga dengan broker dan mempunyai asas keadilan bagi kedua-dua pihak. Keadilan ketika peniaga membuat untung dengan digandakan mengikut nisbah leverage. Keadilan juga ketika peniaga membuat kesilapan dalam jual beli, iaitu harga yang berpusing arah dan peniaga memutuskan untuk menutup (close) pada kuantiti kerugian yang juga dikira dengan nisbah leverage yang sama. Maknanya dalam menutup belian atau jualan itu peniaga memang maklum tentang kerugiannya.
   9. Bagi peniaga-peniaga yang mahir, leverage kecil sahaja yang selalu digunakan dengan modal yang secukupnya.
  10. Leverage bukan satu alat menganiaya atau menzalim yang direka oleh broker untuk menipu peniaga. Ia lebih kepada satu insentif pemasaran, untuk menarik peniaga membuka akaun dengan broker. Apabila peniaga telah bersedia untuk berniaga forex, peniaga seharusnya dianggap telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk berniaga forex, sama seperti orang yang hendak memandu kereta. Dia sudah dianggap bersedia untuk memandu kereta yang akan berjalan ditengah-tengah jalanraya yang amat berisiko yang boleh menyebabkan kematian jika kemalangan! Cuma didalam forex risiko kematian itu tidak wujud! Risiko paling teruk ialah kerugian kesemua wang deposit yang dijadikan modal, tidak lebih dari itu! Wajib bagi peniaga untuk berniaga dengan betul, dengan membuat kajian analisa fundamental, ekonomi, dan juga teknikal, seperti juga kerja yang wajib dibuat untuk berniaga nasi lemak, restoran, penternakan lembu kambing lintah atau cacing, perniagaan mega korporat kelas pertama Bursa KL, atau apa sahaja kerja yang selalu disebut “perniagaan”.

Terserahlah kepada tafsiran masing-masing tentang leverage. Jika was-was gunakan leverage 1:1 sahaja, tetapi berniaga dengan leverage kecil memang kurang menarik, kurang mencabar, dan biasanya dapat penat sahaja.Apuan marginah menjemput mengadap.hehe

Di dalam perniagaan forex ini pada hemat saya isu leverage tidaklah terlalu menyimpang dari segi syarak berbanding dengan isu mengamalkan sistem berniaga forex yang sebenarnya lebih menghampiri berjudi tetapi tidak diperasan oleh kebanyakan peniaga. Isu ini ialah penggunaan sistem atau program berniaga forex yang menggunakan perisian yang ditulis oleh programmer. Ramai peniaga yang memilih jalan mudah berniaga tanpa perlu membuat kerja-kerja wajib untuk berniaga lalu menggunakan sistem-sistem ini.

1 comment:

  1. bagi saya keberadaan leverage ini cukup membantu trader untuk bisa mendapatkan profit dan dengan adanya leverage maka kita bisa untuk deposit dalam jumlah yang kecil makanya untuk trading di octafx saya lebih suika trading dengan leverage 1:500

    ReplyDelete