Usahawan Bumiputera Forex Group

Saturday, October 23, 2010

ASAS - ASAS FOREX YANG PERLU ANDA KETAHUI

Quote

Kadar matawang yang terdiri daripada 2 nilai iaitu Bid (harga jual pada dealer) dan Ask (harga beli dari dealer). Nilai Bid selalunya lebih kecil daripada Ask. Perbezaan / selisih harga antara Bid dan Ask ini dinamakan Spread. Biasanya kita pilih Spread yang lebih kecil kerana ini lebih menguntungkan kita (trader). Marketiva menggunakan Bid/Offer.
Pip (point)
Setiap pergerakan naik atau turun dikira sebagai unit pip atau point (bagi Marketiva). Misalnya sekiranya kita menggunakan $50.00 sebagai modal untuk membeli pair EUR/USD, maka setiap satu pip yang diperolehi membawa nilai $0.50. Sekiranya satu posisi trade yang kita lakukan memperolehi keuntungan 10 pips, maka nilai keuntungan dalam unit USD ialah $5.00.
Posisi Long (Buy)
Ini adalah posisi trader membeli suatu matawang pada harga tertentu, bertujuan untuk menjualnya kembali pada harga yang lebih tinggi. Kerana itu, trader mandapat keuntungan dari nilai pasaran yang naik.
Posisi Short (Sell)
Ini adalah posisi trader menjual suatu matawang pada harga tertentu dengan tujuan membelinya kembali pada harga yang lebih rendah bagi mengaut keuntungan. Kerana itu, trader mendapat keuntungan ketika nilai pasaran menurun.
High, Low, Open & Close
High - rekod harga tertinggi pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa)
Low - rekod harga terendah pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa)
Open - harga permulaan trade pada hari itu
Close - harga penutup trade pada hari itu
Market Order
Bermaksud, membeli pada harga (ask/offer) semasa pada saat itu juga (real time); atau menjual pada harga (bid) semasa pada saat itu juga. Misalnya, ketika itu EUR/USD menunjukkan 1.3554/1.3557 (ask/bid) dan anda meletakkan posisi BUY ketika itu, maka posisi anda akan tertera pada paparan trading anda pada harga 1.3555. Ketika ini anda boleh setkan Target Profit (TP) sebanyak 8 pips lebih tinggi (1.3563) dan anda mengaut 8 pips keuntungan. Begitulah sebaliknya.
Stop Order / Limit Order
Buy limit kalau anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda buy.
Buy stop kalau anda hendak price itu naik dahulu beberapa pips baru anda buy.
Sell limit kalau anda hendak price itu naik dahulu baru anda sell.
Sell stop kalau anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda sell.
Available Margin
Jumlah bersih baki yang masih ada dalam akaun anda yang boleh diniagakan setelah jumlah modal ditambah untung (-rugi). Available Margin = Equity (modal) - Used Margin + Profit(-loss)

1 comment:

  1. Asas-asas forex trading ini harus kita pahami dengan baik agar trading kita bisa berjalan lancar. trading kalau gak paham asas-asas dasernya bagaimana kita bisa melakukan trading secara baik dan benar? untuk belajar asas-asas dasar forex bisa mengunjungi edukasi dari octafx

    ReplyDelete